BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 10, 2009

Nature Craft Competition Pictures











Recycling Project

































Tuesday, September 8, 2009

Nature Craft Competition

Tarikh: 3-20 Ogos 2009
Tempat: SMK Kelana Jaya
Objektif:
Aktiviti ini dijalankan bagi memupuk pelajar prinsip 3R, iaitu Reduce, Reuse dan Recycle. Dalam hal ini, pelajar digalakkan untuk menggunakan barang-barang yang boleh dikitar semula untuk mencipta barang-barang baru sesuai dengan penggunaannya. Aktiviti ini bukan hanya dapat memupuk pelajar mengamalkan prinsip 3R, tetapi juga boleh menyerlahkan bakat-bakat artistik dalam diri mereka.
Tindakan:
Aktiviti dimulakan pada 3 Ogos 2009 dan tarikh tutupnya adalah pada 20 Ogos 2009. Para pelajar diberi masa yang panjang untuk mencipta barang baru dengan menggunakan barang-barang yang boleh dikitar semula. Para pemenang akan diumumkan pada hari penutupan Projek SMART Ranger.

Projek Kitar Semula

Tarikh: 12 Julai
Tempat: Bilik Kitar Semula SMK Kelana Jaya
Masa: Waktu pertama dan Waktu kedua (0730-0950)
Tindakan:
Aktiviti dimulakan dengan mengumpul barabg-barang yang boleh dikitar semula daripada para pelajar. Kemudian, barang-barang tersebut dipisahkan kepada kategori-kategori yang tertentu seperti kertas, aluminium, gelas, dan plastik. Selepas itu, barang-barang tersebut ditimbang dan direkodkan.

Launching

Pelancaran "EARTH Month" dan Projek SMART Rangers 2009

Anjuran: Panitia Pendidikan Moral dan Kelab Pencinta Alam SMK Kelana Jaya

Tarikh: 8 Julai 2009

Tempat: Dewan Sekolah SMK Kelana Jaya

Kehadiran: Tetamu Jemputan - Cik Syafinaz, Puan Norha bt Hamzah (Puan Pengetua), Panitia-Panitia Pendidikan Moral, Guru-guru penasihat Kelab Pencinta Alam, AJK SMART Rangers, dan para pelajar 3A, 3B, 4A, 4B, 5A, dan 5B.

Objektif:

-Meningkatkan kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran di peringkat sekolah dalam pengendalian sisa pepejal.
-Menunjukkan bagaimana sekolah dapat mengimbangi penghasilan karbon dioksida daripada sisa pepejal yang dihasilkan.
-Mewujudkan satu laman web sebagai satu pentas untuk berkongsi dan menyebarkan informasi
-Memulakan satu program pengurusan sampah yang teratur dan mengikut jadual sekolah
-Melatih individu menjadi ahli SMART Ranger yang berkaliber

Sasaran: Semua Warga Sesi Pagi SMK Kelana Jaya

Tindakan:

Dirasmikan oleh Puan Norha binti Hamzah, Puan Pengetua SMK Kelana Jaya dengan membuat kompos bersama-sama tetamu jemputan, para guru serta beberapa orang pelajar